BIZ PTC INCOME 20K

PERMATA ILLAHI


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, September 24, 2010

KEJADIAN PELIK(MALAIKAT BERSAMA2 MENDENGAR KHUTBAH JUMAAT)

Benarlah kata Rasullullah SAW bahawa apabila azan JUMAAT bermula malaikat akan menutup buku catatan untuk para jemaah JUMAAT dan akan bersama2 untuk mendengar Khutbah yang akan disampaikan oleh KHATIB....

   Pengalaman ini terjadinya sendiri pada diriku yang hanya sebagai hamba ALLAH SWT yang hina ini...tepat pukul 1.00pm td kaki ku mula menjejakkan tepat di pintu Masjid Kampung Penor Kuantan,seperti biasa aku terus menuju ke saf paling depan untuk bersolat sunnat Tahyatul masjid,mmg dah menjadi sikap2 orang kampung disitu suka duduk di saf2 belakang dan paling belakang....selepas aku selesai melakukan solat sunnat Azan ZUHUR mula berkumandang dengan megahnya sekali...yg memuji kebesaran yang MAHA ESA.

   Solat sunnat sebelum ZUHUR telah didirikan...tetapi di sebelah kanan aku masih terdapat kekosongan tempat...disebelah kiri aku terdapat pakcik tua yang berjubahkan ala2 HAJI(mungkin memang dia tu pak aji).Sekali lagi azan dilaungkan untuk menandakan masuklah waktu solat JUMAAT...disini lah "KEJADIAN PELIK" telah terjadi pada diri ku...setelah selesai azan,KHATIB mula menjalankan tugasnya untuk berkhutbah...didalam aku mula untuk memberikan tumpuan kepada khutbah degan tidak semena-mena hati ku telah berkata "WALAIKUMSALAM WARAHMATULLAH" selepas sahaja daripada itu aku mula merasa pelik..."sape yang bagi SALAM td??(berkata ku didalam hati)" kemudian aku terus menumpukan perhatian pada KHUTBAH JUMAAT hari ini...dan menunaikannya sekali...selepas aku pulang barulah aku terfikir berkenaan SABDA NABI SAW itu...tambahan pula sebelah kanan aku di masa khutbah adalah kosong sehingga la selesai khutbah...


    ALHAMDULILLAH....hanya itu sahaja yang termampu aku ucapakan selepas mendapat tahu bahawa salah satu MALAIKAT ALLAH SWT telah memberi salam kepada aku...


Moral yang ingin aku sampaikan bukanlah untuk membanggakan diri kerana telah mendapat salam dari MALIKAT ALLAH SWT,NAUZUBILLAH...tetapi adalah untuk mengingatkan diri sendiri dan para pembaca bahawa:-
  • INGAT PERINTAH ALLAH DAN SABDA RASULLULLAH SAW BERKENAAN JUMAAT.
  • JANGAN TINGGALKAN SOLAT JUMAAT WALAU APA PUN.
  • TAK MELEPASKAN PELUANG UNTUK BEREBUT MENDAPATKAN SAF2 HADAPAN.
  • IKHLAS DAN BERSUNGGUH DALAM MELAKUKAN PERINTAH ALLAH SWT DAN SUNNAH RASULLULLAH SAW.
  • SENTIASA ISTIQOMAH DALAM MENJUNJUNG PERINTAH ALLAH DAN MENGAMALKAN SUNNAH2 RASULLULLAH SAW.
*SEKIAN LAH DULU BUAT MASA INI....SEMOGA KITA SEMUA SENTIASA DIRAHMATI  DAN DIREDHAI OLEH ALLAH SWT......ALLAHHUMMA AMIN...







SELAMAT MENJUNJUNG PERINTAH ALLAH DAN SUNNAH RASULLULLAH SAW///

 

No comments:

Post a Comment